35 KRISMAWAN DAN KRISMAWATI MENERIMA SAKRAMEN KRISMA

KENINGAU :  Pada 10 Jun 2018, seramai 35 orang calon telah menerima Sakramen Krisma di sebuah gereja stesen luar Paroki KSFX, Gereja St. Yohanes Penginjil Panui. Perayaan Misa disempurnakan oleh YM Uskup Cornelius Piong. Seramai lebih kurang 300 orang yang datang merayakan perayaan ini. Calon-calon penerima Sakramen Krisma ini terdiri daripada umat sekitar naungan Zon … [Read more…]

HARI KOMUNIKASI SEDUNIA PERINGKAT PAROKI KENINGAU

KENINGAU : Komisi Komunikasi Sosial (KOMSOS) telah mengadakan sambutan Hari Komunikasi Sedunia yang ke 52 di Paroki Keningau. Misa Kudus telah disempurnakan oleh YM Uskup Cornelius Piong di Katedral St.Francis Xavier dibantu oleh Diakon David Richard. Antara aktiviti yang diadakan sempena dengan Hari Komunikasi Sedunia adalah Uskup memberkati para ahli KOMSOS dan juga pengamal media … [Read more…]

KEUSKUPAN KENINGAU RAIH ULANG TAHUN KE-25

KENINGAU : 5 Mei merupakan tarikh istemewa dan bermakna khasnya umat di Keuskupan Keningau kerana telah berjalan bersama Yesus selama 25 tahun. Umat Katolik di Keuskupan Keningau kini telah mencecah 135 544 orang berbanding ketika Keuskupan Keningau  yang baru ditubuhkan pada 6 Mei 1993 iaitu sebanyak 56 852 orang.

PERASMIAN DAN PEMBERKATAN GEREJA KERAHIMAN ILAHI KUK PATIKANG LAUT

KENINGAU : Penantian selama 17 tahun akhirnya tertunai juga dengan terbinanya sebuah lagi bangunan gereja baru, Gereja Kerahiman Ilahi di Kg. Patikang Laut dibawah naungan Paroki KSFX. Perayaan Misa Perasmian ini disempurnakan oleh YM Bapa Uskup Cornelius Piong dihadiri oleh Datuk Daniel Kinsik dan keluarga serta rombongan, Pengerusi MPP, Stella Kinsik, Tim Kerahiman Ilahi KSFX … [Read more…]