Ibadat Jalan Salib terakhir telah diadakan di Pusat Ziarah Keluarga Kudus Nulu Sosopon pada 30 Mac 2018 pada jam 8.00 pagi. Ibadat Jalan Salib ini dipimpin oleh Sr. Patricia dihadiri lebih kurang 500 orang umat.
Category: LUAR KEUSKUPAN
KHAMIS PUTIH: Malam Perjamuan Terakhir
KENINGAU : Minggu Suci merupakan hari memperingati minggu terakhir kebangkitan Yesus dari kewafatanNya di kayu salib. Tridum sempena sambutan paskah bermula pada perayaan Khamis Putih. Tridum ini merupkan tiga hari sebelum perayaan Paskah dan perkara penting khasnya umat Katolik seluruh dunia.
Perayaan yang disempurnakan oleh YM Uskup Cornelius Piong ini diadakan di Dataran Keuskupan Keningau dihadiri lebih 6000 orang umat dari sekitar Paroki Keningau.
HARI PENAUNG GEREJA ST. MATIUS KG. KOROLOK, KEMABONG
Pada 24 September 2017, sambutan Hari Santo Penaung bagi Gereja St. Matius telah diadakan buat pertama kalinya. Disempurnakan oleh Rev. Fr. David Mamat. Gereja yang baru dibina 3 minggu lepas itu boleh memuatkan seramai 50 orang. Kg. Korolok adalah umat baru di daerah Kemabong yang baru disenaraikan. Penduduk seramai 30 keluarga, jauh dari kawasan Pedalaman di Zon Rundum. Kini mereka sudah memiliki Gereja sementara yang diperbuat dari bahan asas semula jadi iaitu kayu dan buluh.