BANGKIT, BERGERAK DAN WARTAKAN (2)

img01damianus400

Tenom – Sekali lagi TPBPT melangkah keluar mendekati para belia dan umat di St Damanius Inubai dengan program sehari bersama belia dan umat setempat. Setelah mengadakan beberapa pertemuan dengan puan Margret dan pengerusi Kuk St Damianus Inubai iaitu saudara Janius maka tarikh 6 September 2014 telah dipilih untuk melaksanakan program tersebut.

 Seperti biasa program TPBPT dimulakan dengan Misa Kudus yang dipimpin oleh Rev Fr. David Mamat selaku paderi paroki yang tidak pernah jemu untuk menyertai apa saja program anjuran belia paroki St Anthony sekiranya beliau berkesempatan.  Selepas misa sesi bergambar dan sarapan bersama dengan umat setempat yang disediakan oleh umat di Gereja St Damianus Inubai. Sesi bermula dengan puji-pujian dikendalikan oleh saudara Ronald James dan Elisabeth Linus serta tim pelaksana yang juga disertai oleh belia-belia dari Gereja Tritunggal MahaKudus Pogoukon, Gereja Ratu Rosari, Batu Tiningkang, Gereja St Joseph Batu-Batu dan beberapa orang belia dari Gereja St Anthony sendiri.

 img03damianus400

img02damianus400

Sessi kedua adalah perkongsian pengalaman yang dibawakan oleh Saudara Jayson salah seorang AJK Tim Pelayanan Belia Paroki Tenom (TPBPT) tentang rintangan yang diharungi dalam diri, keluarga dan pelayanannya sebagai belia sehingga ke hari ini, diikuti oleh Pengerusi TPBPT sendiri iaitu saudara Christy dimana mengongsikan permulaannya pelayanannya didalam belia bermula setelah menyertai Seminar Hidup Baru Dalam Roh diikuti dengan beberapa seminar yang berkaitan dengan iman serta berharap agar para belia tidak cepat jemu atau berputus asa sekiranya tidak mendapat penyertaan dari belia setempat dalam aktiviti-aktiviti gereja.

img05damianus400

Sr Mary How meneruskan sesi ke-3 dengan tajuk “Rencana Penyelamatan Allah terhadap umat manusia”. Sr Mary, menjelaskan akan makna dan tujuan hidup manusia melalui misteri penyelamatan Kristus dan Gereja KudusNya. Kehidupan kristiani yang berpusat pada peribadi Kristus dalam kemiskinan, ketaatan dan kemurnian akan membuat kita hidup bersatu dan bersekutu di dalam rencana penyelamatan.  Hidup melayani adalah penyataan kasih hasil dari penyatuan tersebut. Selepas menyelesaikan sesi ke-3, tim pelaksana dan para belia yang menyertai program ini disajikan dengan santapan tengahari yang disediakan oleh umat setempat secara ‘potluck’.

img01damianus400

Setelah menyelesaikan makan tengahari, para peserta memulai kembali aktiviti mereka dengan puji-pujian. Seterusnya para peserta diminta untuk memberikan maklum balas atas program yang telah pun mereka sertai. Akhirnya, doa penutup mengakhiri pertemuan mereka yang dipimpin sendiri oleh pengerusi TPBPT. Tim pelaksana berkesempatan mengunjungi rumah 2 adik-beradik yang sakit. Sr Mary How memimpin doa memohon penyembuhan dari Tuhan untuk kedua adik ini. Untuk meringkankan sedikit beban yang ditanggung oleh keluarg ini, TPBPT bermurah hati menyumbangkan pemberian kasih kepada keluarga tersebut dengan harapan dapat meringkankan sedikit beban yang mereka pikul. Setelah itu, tim kembali ke Gereja St Damianus Inubai untuk minum petang bersama umat.

Sharing is caring!