PERSIAPAN ROHANI PENGANJUR SYD6 YANG PERTAMA

Artikel oleh : Rinilyen

KENINGAU – Persiapan Rohani Penganjur SYD 6 yang pertama telah diadakan di Rumah Retret Keuskupan Keningau Tatal (RRKKT). Program yang berlangsung selama 3 hari 2 malam, bermula 10 Mei sehingga 12 Mei 2024 lalu yang menghimpunkan seramai 162 orang peserta penganjur dari seluruh 3 keuskupan.

Turut hadir, Fr. Ronnie Luni, Fr. Wiandigool Runsab, Fr. Isidore Gilbert selaku pembimbing Rohani SYD 6, Friar Gerald Terence (OFM), saudara Roney Alfred Eming (Koordinator SYD 6), Sr. Noemi Mejia, FSIC (Timbalan Koordinator SYD 6), Sr. Dora Obod, FSIC dan beberapa religious sister.

Objektif utama SYD 6 yang dijelaskan dalam persiapan rohani adalah agar para penganjur dapat menyedari, menghargai, menerima diri sebagai ciptaan Tuhan yang indah (INI AKU), merayakan sukacita dengan penuh sukacita dan syukur (PENUHI AKU) dan bangkit dengan penuh semangat untuk pergi meneruskan misi Kristus (UTUSLAH AKU).


Fr. Ronnie Luni dalam homilinya semasa Misa Kudus pembukaan hari yang pertama menyatakan, nyata di setiap belia yang hadir penuh dengan kerinduan untuk bertemu dengan sesama dan bangkit untuk bergiat aktif semula dalam program belia dan nanti di SYD 6 sudah pastinya suatu ‘PERTEMUAN YANG INDAH.’


Hari kedua, diawali dengan Misa Kudus pagi, Fr. Isidore Gilbert berpesan kepada para belia agar menerima bahawa kita semua adalah peribadi yang berbeza dan unik, namun kita semua tetap satu, kerana kita semua adalah milik Tuhan. Seusai misa kudus, sesi 1 oleh Saudara Dennis Patrick membawa para penganjur untuk mengenali keperibadian masing-masing dan orang lain agar lebih mudah untuk saling menerima kekuatan dan kelemahan masing-masing.

Sesi berikutnya oleh Friar Gerald Terence pula menjelaskan tentang walaupun terdapat perbezaan dalam ekspetasi vs realiti peribadi namun paling penting adalah kebebasan kita untuk memilih sesuatu yang membawa sukacita kepada kita.


Bagaimana untuk bermula agar saling menerima peribadi sendiri dan orang lain? Mulakan dengan KERENDAHAN HATI ujar saudara Alex Paulus. Oleh kerana kita ini milik Tuhan, kita seharusnya melakukan kehendak Tuhan dengan penuh CINTA KASIH agar kita dapat berdamai dengan diri sendiri dan sesama. Maka, dalam malam “CELEBRATION OF LIGHT” yang mengajak para penganjur untuk berdamai dengan diri sendiri dan sesama. Sungguh mengharukan ketika Friar Gerald Terence mengatakan “hari ini anda menangis setelah berdamai dengan diri sendiri dan sesama anda, namun sebenarnya anda semua juga telah membuatkan saya menangis.”

Hari ketiga, Misa Perutusan Persiapan Rohani SYD 6, diselebrankan oleh Msgr. Gilbert Lasius. Dalam homilinya, klerus itu mengajak umat untuk belajar cinta kasih Tuhan kerana ia sentiasa menyatukan kita bersama. Hari ini juga beberapa peristiwa penting yang mana Hari Jururawat, Hari Ibu dan Hari Komunikasi Sedunia-58 diraikan menandakan bahawa para belia harus bersama-sama dengan komuniti-komuniti yang lain juga untuk menyebarkan cinta kasih Tuhan.


Selesai misa kudus para penganjur kembali berkumpul bersama TIM MOT, SUBMOT, LOT, SUBLOT, dan TUGAS KHAS bagi bahagian masing-masing untuk perbincangan info SYD 6.
Berakhirnya perbincangan tersebut, Friar Gerald Terence menutup tirai dengan satu ayat renungan ini, Bagaimana untuk menyebarkan Cinta Kasih Tuhan? Lakukan ia melalui teladan kepada Bonda Maria.

Sharing is caring!