SAMBUTAN KESYUKURAN PESTA KELURAGA KUDUS DISAMBUT MERIAH DI PAROKI KSFX

KENINGAU : Kemuncak Ziarah Ikon Keluarga Kudus yang berlangsung sejak 7 November lalu diakhiri dengan majlis kesyukuran Pesta Keluarga Kudus. Bertempat di Pusat Ziarah Keluarga Kudus Nulu Sosopo pada 30 Disember 2018.

Sempena dengan majlis sukacita ini, perayaan Ekaristi telah diadakan dan disempurnakan oleh YM Uskup Cornelius Piong.

“Walau apapun keadaan keluarga kita, kita bersyukur kepada Tuhan kerana melalui keluargalah kita lahir dan datang ke dunia; Kita belajar untuk hidup dan dikasihi oleh Allah dan sesama kita.

 “Ikon Keluarga Kudus telah berziarah ke seluruh  Zon dan beberapa KUK naungan Paroki KSFX. Ikon keluarga Kudus diharapkan menjadi bahan renungan dan kekuatan bagi kita dengan meneladani Keluarga Kudus iaitu Maria, Joseph dan Yesus. Ketiga-tiga mereka menghadapi pelbagai cabaran sepanjang kehidupan mereka, tetapi tetap hidup bersama kerana adanya kesatuan terutamanya kesatuan dengan Allah.” Demikianlah homili yang disampaikan Uskup.

Keluarga Kudus bukanlah bermaksud tiada kekurangan atau kelemahan. Tiada keluarga yang sempurna, begitu juga dengan keluarga Yesus, Maria dan Joseph. Namun begitu, apa penting dalam keluarga adalah untuk menerima kelemahan satu sama lain dan bersedia untuk mengampuni atas kelemahan itu.

Doa-doa yang ditulis sepanjang ziarah Ikon Keluarga Kudus dibakar.

Disamping itu juga, turut diadakan Rumah Terbuka Krismas peringkat Keuskupan Keningau. KOMSOS KGAU

 

Sharing is caring!