
Month: July 2019
MEMPERKUKUH KELUARGA DENGAN ALKITAB DAN EKARISTI
KENINGAU : 23 Jun 2019, Zon Minawo sekali lagi menganjurkan satu program tahunan iaitu Minggu Alkitab bertempat di St.Monica Baitah. Tim Penganjur yang diketuai oleh Pengerusi KUK St. Monica Baitah, iaitu Encik Juhn Hendrikus dan Ahli Jawatan Kuasa pelaksana dengan pimpinan Pengerusi serta Ahli Jawatan Kuasa yang baru.
Program yang bermula pukul 10.00 pagi. Pelbagai aktiviti bagi pengisian program telah diadakan antaranya ialah pertandingan membaca Firman, Mewarna, Syarahan dan Kuiz Alkitab.
Lima Komuniti Umat Katolik (KUK) telah menghantar wakil untuk pertandingan tersebut iaitu KUK St. Joseph Minawo, KUK St Yohanes Rasul, KUK St. Michael Kindasan, KUK St.Monica Baitah dan KUK Tombotuon.
You may be interested
SEMINAR AJARAN DASAR GEREJA KATOLIK PERINGKAT ZON MINAWO
KENINGAU : Zon Minawo dengan kerjasama pelajar Kursus Pensijilan Katekis telah mengadakan Seminar Ajaran Dasar Gereja Katolik peringkat Zon Minawo pada 22 Jun 2019 bertempat di KUK St. Yohanes Rasul Bomboi Keningau.
Selain daripada mendedahkan kepada umat KUK St. Yohanes Rasul Bomboi dan seluruh Zon Minawo untuk mempelajari dan menambah ilmu tentang Ajaran Dasar Katolik, seminar ini juga merupakan salah satu silibus kursus yang disediakan Pusat Pastoral Keuskupan kepada pelajar Kursus Pensijilan Katekis.
You may be interested
SALIB SYD KE-5 TIBA DI KEUSKUPAN KENINGAU
TAMBUNAN : 4 tahun sudah berlalu, salib Sabah Youth Day ke-5 (SYD-5) dan ikon Bonda Maria kembali ke paroki Holy Cross Toboh dalam sesi jelajah ke setiap paroki di tiga Keuskupan yang ada di Sabah.
Salib SYD-5 bersama ikon Bonda Maria ini tiba di Paroki Holy Cross Toboh pada 2 Jun lalu. Meskipun pesta Kaamatan masih meriah berlangsung tetap tidak mempengaruhi atau menjejaskan semangat bagi para belia untuk melakukan persiapan menantikan ketibaan Salib SYD-5 bersama ikon Bonda Maria ini daripada pihak rombongan Paroki St. Martin, Telupid.
You may be interested
ZIARAH STATUE SANTO ANTONIUS; MENEMUKAN SEMULA SESUATU YANG HILANG
TENOM : Bermula pada 30 Mei hingga 13 Jun 2019, Komiti Ziarah Paroki St. Anthony telah mengadakan ziarah Statue Santo Antonius sebagai salah satu aktiviti persediaan menuju Ulang Tahun Keuskupan Keningau yang ke 26 peringkat paroki.
Statue ini telah dibawa berziarah ke beberapa KUK yang mewakili setiap zon iaitu, Gereja Kristus Bangkit, Tipoh (Zon 1), Gereja St. Maria, Melalap (Zon 2), Gereja Tritunggal Mahakudus, Paguokon (Zon 3), Gereja St. Joseph, Batu-Batu (Zon 4) dan Gereja St. Anthony (Zon Pusat).