
Month: October 2018
MENEMPUH CABARAN IMAN MASA KINI BERBEKALKAN IDENTITI KRISTUS, MISI SELAKU MURIDNYA DAN KEPASTIAN AKAN DESTINASI HIDUP
KENINGAU : PUKAT KE 11, menggariskan Tema baru Keuskupan Keningau dengan tiga tonggak utama sebagai fokus kepada semua umat dalam mengorak langkah menempuh perjalanan iman 25 tahun akan datang. “Umat Allah Berjalan Bersama dalam Kesatuan, Kesetiaan dan Kekudusan Yesus Kristus” (Yoh 17: 11-19).
Seramai lebih 150 orang perwakilan daripada setiap paroki naungan Keuskupan Keningau terdiri daripada para Paderi, Religius, ahli Tim Pastoral dan pemimpin MPP/MPM hadir ke pertemuan penting ini yang diadakan sekali dalam tempoh 3 tahun. Menariknya PUKAT kali ini, mendatangkan Romo Dr. Ignatius Loyola Madya Utama SJ sebagai penceramah utama, membantu dalam merancang Visi dan Misi Keuskupan.
You may be interested
SEND LOVE TO KIDNEY PATIENTS – CHARITY RUN
You may be interestedCABUTAN TIKET BERTUAH KSFX 2014Saturday, January 10 2015By adminCabutan Tiket Bertuah tersebut akan dijalankan pada 13 Februari 2015… MEMANCING SAMBIL MENDERMA “FISHING FOR CHARITY”Saturday, January 10 2015By adminOBJEKTIF: Bertujuan untuk mencari dana bagi menampung pembiayaan kerusi kayu… MAKAN AMAL SEMPENA HARI VALENTINEMonday, February 16 2015By adminKeningau – Majlis Makan Amal dan Cabutan Tiket Bertuah sempena…
MERIAH TAMU SOLIDARITI PERINGKAT PAROKI KSFX
KENINGAU : Tamu Solidariti bagi peringkat Paroki KSFX telah diadakan pada 7 Oktober 2018. Bertempat di Dataran Keuskupan Keningau.
Tamu Solidariti ini merupakan satu aktiviti yang diadakan setiap tahun. Tujuan diadakan adalah untuk pencarian dana bagi kegunaan membangun dan membiayai penyelenggaraan kemudahan-kemudahan fizikal seperti bangunan-bangunan Chapel dan Dewan Gereja di stesen luar serta Wisma Katekatikal di KSFX. Namun tujuannya bukanlah setakat mengumpulkan dana tetapi juga memberi kesempatan kepada umat untuk mengungkapkan kesatuan, kesetiaan dan kasih selaku anggota gereja.
You may be interested
ULANG TAHUN AUDIO KUPI ROHANI KALI KE 2
KENINGAU : Mula beroperasi selama dua tahun, Audio Kupi Rohani kini telah menyambut ulang tahunnya yang kedua. Misa Kudus sempena dengan Ulang Tahun Kupi Rohani Ke-2 telah diadakan pada 5 Oktober 2018 di Pusat Ziarah Kudus Nulu Sosopon (PZKKNS).
Misa yang disempurnakan oleh Uskup Datuk Cornelius Piong dibantu oleh Rev. Fr. Rudolp yang merupakan pengasas Audio Kupi Rohani.
Misa dihadiri oleh penyampai dan pendengar Kupi Rohani serta umat sekitar Paroki Keningau dan Keuskupan Agung Kota Kinabalu.
You may be interested
PEMBUKAAN BULAN ROSARI
KENINGAU : Bulan Oktober merupakan bulan mendoakan doa Rosari mengikut tradisi Gereja Katolik pada setiap tahun. Pada 1 Oktober, perayaan Misa sempena dengan pembukaan Bulan Rosari telah diadakan di Katedral St. Francis Xavier (KSFX). 1 Oktober juga merupakan Pesta St. Theresia Kanak-kanak Yesus yang merupakan penaung bagi misi gereja.
Sebelum Misa Kudus, umat berdoa Rosari bersama YM Uskup Cornelius Piong di Grotto KSFX.