
Month: May 2018
HARI KOMUNIKASI SEDUNIA PERINGKAT PAROKI KENINGAU
KENINGAU : Komisi Komunikasi Sosial (KOMSOS) telah mengadakan sambutan Hari Komunikasi Sedunia yang ke 52 di Paroki Keningau. Misa Kudus telah disempurnakan oleh YM Uskup Cornelius Piong di Katedral St.Francis Xavier dibantu oleh Diakon David Richard.
Antara aktiviti yang diadakan sempena dengan Hari Komunikasi Sedunia adalah Uskup memberkati para ahli KOMSOS dan juga pengamal media sosial.
You may be interested
KEUSKUPAN KENINGAU RAIH ULANG TAHUN KE-25
KENINGAU : 5 Mei merupakan tarikh istemewa dan bermakna khasnya umat di Keuskupan Keningau kerana telah berjalan bersama Yesus selama 25 tahun.
Umat Katolik di Keuskupan Keningau kini telah mencecah 135 544 orang berbanding ketika Keuskupan Keningau yang baru ditubuhkan pada 6 Mei 1993 iaitu sebanyak 56 852 orang.
You may be interested
Kapsul Masa : Penghubung Ke Masa Depan
KENINGAU : Pada 4 Mei 2018, upacara penanaman kapsul masa telah diadakan di hadapan Katedral St.Francis Xavier. Disempurnakan oleh YM Bapa Uskup Cornelius Piong. Dihadiri lebih kurang 100 orang umat.
You may be interested
PERASMIAN DAN PEMBERKATAN GEREJA KERAHIMAN ILAHI KUK PATIKANG LAUT
KENINGAU : Penantian selama 17 tahun akhirnya tertunai juga dengan terbinanya sebuah lagi bangunan gereja baru, Gereja Kerahiman Ilahi di Kg. Patikang Laut dibawah naungan Paroki KSFX.
Perayaan Misa Perasmian ini disempurnakan oleh YM Bapa Uskup Cornelius Piong dihadiri oleh Datuk Daniel Kinsik dan keluarga serta rombongan, Pengerusi MPP, Stella Kinsik, Tim Kerahiman Ilahi KSFX dan umat dari sekitar sekitar Paroki KSFX.
You may be interested
KALAH ATAU MENANG BELAKANG KIRA
KENINGAU: Pada 23 April 2018, sukaneka dan pertandingan memasak di kalangan Paderi dan sukaneka telah diadakan. Bertempat di Dataran Keuskupan Keningau.
Kebiasaannya kita melihat Paderi memberikan homili dan juga melayani umatnya. Dikesempatan ini, para Paderi dapat menunjukkan bakat memasak dan umat dapat merasai kelazatan hasil masakan mereka.