RIKeningau – Merdeka, Merdeka, Merdeka! Itulah laungan yang terlontar dari mulut para migran Indonesia yang datang ke Sabah. Kegembiraan dan kesedihan terpancar di wajah setiap warga yang hadir memenuhi Katedral St Francis Xavier pada isnin yang lalu (17/08). Kemerdekaan Republik Indonesia Ke-70 dirayakan dalam kesederhanaan namun meriah.

Tepat jam 9 pagi, para migran dari negara Indonesia berkumpul di dalam Katedral KSFX untuk sama-sama merayakan perayaan Ekaristi sempena Kemerdekaan Republik Indonesia Ke-70. Tua mahupun mulai menempati kerusi-kerusi yang ada sementara menunggu perayaan Ekaristi dimulai. Rev Fr Gilbert Lasius berkenan menjadi paderi selebrasi pada pagi itu.

SONY DSCDi dalam homilinya, Fr Gilbert membawa umat untuk mengenal erti kemerdekaan dan menurutnya terkadang orang boleh salah menafsirkan erti kemerdekaan. Bagi setiap negara maksud dan erti kemerdekaan itu adalah bebas dari si jahat atau bebas dari jajahan dari negara lain. Kemerdekaan maksudnya kita bebas untuk memilih kerajaan yang kita sukai melalui demokrasi ataupun pentadbiran yang adil dan saksama. Kemerdekaan juga boleh ditafsirkan bebas dari penindasan, penganiayaan dan banyak sebagainya.

Semangat patriotisme ada di dalam hati setiap warga. Semangat ini kita bawa kemanapun kita pergi dan kita tunjukkan semangat yang kita miliki di mana pun kita berada. Kesyukuran yang kita rayakan pada pagi hari ini adalah bukti bahawa semangat patriotisme itu ada dalam diri kita, khususnya bagi warga Indonesia yang merayakan kemerdekaannya yang ke-70.

SONY DSC

Pertanyaannya, kemerdekaan seperti apa yang kita semua mahukan, sejauh mana semangat kemederkaan itu telah mengubah cara kehidupan kita selama ini dan bagaimana kita mahu merealisasikan kemerdekaan kita di perantauan? Kemerdekaan yang kita rayakan di dunia ini sifatnya sementara belaka. Walaupun sementara tetapi ia adalah tindakan yang harus ada pada setiap kita agar kita dapat menikmati hak-hak kebebasan kita dan tinggal di muka bumi ini.

Sebagai umat kristian, apakah kemerdekaan itu bagi kita yang tinggal di muka bumi ini? Selaku pengikut-pengikut Yesus, kita menjadi merdeka jika kita mengakui dan menerima Yesus. Tetapi sejauh mana kemerdekaan kita bersama-sama dengan Yesus? Banyak diantara kita yang hadir pada saat ini, tidak menampakkan kemerdekaan seperti yang Yesus harapkan.

Sebagai warga, apa yang sudah kamu lakukan terhadap negara kamu? Apakah perbaikan-perbaikan yang telah dibuat demi masa depan yang cerah bagi anak-anak dan bangsa yang akan datang? Apakah nanti mereka masih akan merasakan kelaparan, penderitaan yang kita alami saat ini? Apakah perjuangan yang telah dibuat demi generasi yang akan datang? Apakah kebahagiaan, keamanan, pendidikan akan dapat mereka alami? Kemerdekaan haruslah berterusan dan bukannya kembali kepada zaman sebelum kemerdekaan.

SONY DSC

Misa kesyukuran pada kali ini dimeriahkan dengan koir dari Mudika Bintang Timur KSFX oleh komuniti Timores yang diketuai oleh Bapak Karel Lambertus. Dalam kesempatan yang sama, Bapak Theodorus Muda selaku ketua panitia tahun ini bersyukur kepada Tuhan kerana memberi kesempatan kepada warga Indonesia untuk merayakan kemerdekaan Republik Indonesia. Beliau berharap agar umat Indonesia yang berada di perantauan selalu bersatu hati dan selalu menjaga kerukunan hidup bersama dengan orang lain. Beliau menguatkan umat Indonesia untuk selalu bersatu dengan Tuhan Yesus di setiap masalah yang mereka hadapi. Encik Didacus Philip mewakili MPP KSFX mengucapkan syabas kerana negara Republik Indonesia merayakan kemerdekaannya yang ke-70 dan berterima kasih kepada warga Indonesia yang telah sudi melayani di Katedral selama ini. Beliau berharap agar pelayanan mereka terus ditingkatkan dan terus bertumbuh di dalam iman. Dan akhir sekali Rev Fr Gilbert dalam ucapannya berharap agar kegembiraan yang dirasai hari ini terus berterusan dan berharap agar umat selalu fokus kepada peribadi Kristus di dalam apa pun yang mereka lakukan.

Encik Didacus Philip mewakili MPP KSFX memberikan ucapan beliau.
Encik Didacus Philip mewakili MPP KSFX memberikan ucapan beliau.
Bapak Theodorus Muda mewakili rakyat Indonesia yang berada di Keuskupan Keningau memberikan ucapan beliau.
Bapak Theodorus Muda mewakili rakyat Indonesia yang berada di Keuskupan Keningau memberikan ucapan beliau.

Seusai perayaan Ekaristi, umat dijemput untuk makan bersama di dewan KSFX dan menikmati acara-acara yang telah disediakan.

SONY DSC

SONY DSC

This will close in 20 seconds