Kemabong – Pesta Penaung Gereja St Paulus Bangkulin, salah satu outstasi di Mission Kemabong, Pesta ini bagi memperingati perjuangan Iman Santo Paulus yang sangat mengimani Yesus. Acara bermula jam 11.00pagi dengan Misa Kudus yang dipimpin oleh Rev. Fr David Mamat Rektor paroki St Anthony Tenom & Mission Kemabong. Damalm homily beliau, beliau menyeru umat untuk mencontohi iman Santo Paulus yang terus mempertahankan Yesus dalam perjuangannya. Beliau juga berharap agar umat tidak cepat berputus asa dalam menempuhi rintangan iman dan berpegang teguh kepada Yesus Kristus. Dalam ucapannya diakhir Misa Kudus, beliau mengucapkan tahniah kepada barisan AJK Pesta dalam melaksanakan pesta penaung tersebut. Pengerusi Komiti Umat Katolik Gereja St Paulus, En Running berkata, usaha dalam menjayakan pesta tersebut banyak rintangan dilalui, namun kesungguhan Umat di Kg Bangkulin dalam menjayakan Pesta Penaung mereka membuahkan hasil yang terbaik, dan beliau berharap sikap tersebut terus dipupuk dalam pelayanan pada masa akan datang. Turut memberikan ucapan Timb Pengerusi MPM, En. Tony Madan ucapan tahniah untuk AJK pelaksana dalam menjayakan sambutan pesta tersebut, beliau juga merumus sedikit peribadi Santo Paulus melalui pengumpulan surat-suratnya dalam usaha menyampaikan pengajaran Yesus.
Selesai Misa Kudus, umat masih berkumpul untuk meneruskan aktiviti seterusnya, antaranya persembahan KUK, Komiti & individu. Sesuatu yang unik daripada KUK zon Tomani, seluruh Umat Zon Tomani bermula dari Gereja St micheal Kuala Tomani, Gereja St Thomas Mamaitom, Gereja St Jude kaparungan & Gereja St Paulus Bangkulin sebagai tuan rumah, akan berkumpul dalam Misa Kudus Gabungan apabila salah satu Gereja di zon Tomani merayakan Pesta Penaung Gereja Mereka. Acara ditutup pada jam 6petang dengan doa penutup.