PERAYAAN 3 DALAM 1 PERINGKAT ZON MINAWO

MINAWO: Pada 10 Jun 2017, Seramai hampir 250 orang umat di seluruh Zon Minawo berkumpul bersama dalam Perayaan 3 dalam 1 iaitu sambutan Ulang Tahun Keuskupan (UTK) ke 24 peringkat Zon, Pemberkatan dan Perasmian Gereja baharu KUK St. Isedorus Tombotuon Baru dan sambutan perayaan kaamatan peringkat Zon. Perayaan 3 dalam 1 ini bertemakan JADILAH CONTOH DAN TELADAN YANG BAIK KEPADA SIAPA SAHAJA.

Gimik perasmian bangunan gereja oleh Rev Fr diiringi YB Datuk Ellron Alfred Angin, Pengerusi Zon dan semua pengerusi KUK


Perayaan dimulakan dengan upacara pemberkatan gereja seterusnya misa perayaan yang diupacarakan oleh Rev. Fr Harry Dorisoh. Di dalam homili, Rev. Fr Harry  mengajak semua umat untuk memberi teladan yang baik antara sesama khususnya di dalam keluarga kerana segalanya bermula dari rumah. “Dengan cara ini barulah kita dapat memberi teladan yang lebih baik kepada orang diluar sana khususnya kepada mereka yang mungkin tidak seiman dengan kita”. Dalam program yang sama juga Rev. Fr Hatty menyerahkan banting “menuju Jubli Perak Keuskupan Keningau” kepada semua pengerusi-pengerusi KUK dalam zon minawo.

Ucapan perasmian oleh Rev Fr Harry Dorisoh

Dalam program yang sama juga Rev. Fr. Harry menyerahkan banting “menuju Jubli Perak Keuskupan Keningau” kepada semua pengerusi-pengerusi KUK dalam  Zon Minawo.

Penyerahan Banting Menuju UTK ke-25 JUBLI PERAK

Saudara Severinus Kondu selaku Pengerusi Pelaksana Perayaan pada kali ini turut merakamkan penghargaan tidak terhingga kepada pihak paroki khususnya Bapa Uskup diatas keprihatinan menggantikan bangunan gereja lama yang telah usang kepada bangunan gereja baru yang lebih selesa untuk kegunaan umat di kampung ini.

Acara pemotongan KEK perayaan 3 dalam 1 dan sambutan Hari Bapa kepada semua golongan bapa

Didalam kemeriahan perayaan, golongan bapa juga diraihkan bersempena dengan Hari Bapa yang bakal menjelang. Disamping itu Rev Fr Harry juga sempat bersama dengan semua kanak-kanak di Zon Minawo menyerahkan oleh-oleh perayaan yang telah disediakan oleh Komiti LSKK.

Rev. Fr. Harry mengabadikan kenangan dengan bergambar bersama semua umat di Zon Minawo.

Program yang julungkali diadakan di peringkat zon ini juga turut dihadiri ADUN Sook YB Datuk Ellron Alfred Angin, Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri berserta PPM Sook En. Charles Ikang untuk memeriahkan lagi suasana sambil mengambil peluang meninjau keperluan dan keadaan Kampung Tombotuon Baru.

Sharing is caring!