Minggu, 17 Julai 2016, merupakan hari yang begitu membahagiakan bagi segenap umat di Kampung Libodon. Pada hari itu, Gereja Emmanuel telah diberkati dan dirasmikan oleh Uskup Keuskupan Keningau, Bapa Uskup Datuk Cornelius Piong.
Gereja ini telah diusahakan dibangun oleh seluruh umat di Kampung Libodon sejak kurang lebih 4 (tahun) diawali dengan penubuhan Legio of Mariae (LOM) – Presidium Maria Ratu Surga Libodon pada 05/08/2012 membawa kepada perwujudan gereja ini. Bangunan gereja ini dibina di atas kawasan tanah milik Encik Gungkoris dan Encik Johnny Gisin. Peringkat awal pembinaan bangunan ini dibuat secara bergotong-royong oleh umat KKD Santo Petrus Kg. Libodon pada 03/12/2013. Umat turut bergotong-royong menggesek kayu, menimbun dan meratakan tanah kawasan tapak pembinaan yang turut dibantu oleh anggota-anggota RELA Platun 0161 Kg. Libodon. Pada 08/04/2014 buruh binaan bangunaan kontraktor Encik Peter Lim mengambil alih pembinaan dinding dan tempat kumbahan yang turut dibantu oleh umat setempat. Umat terus mengerjakan dan meneruskan pembinaan bahagian luar gereja, bergotong-royong membina tandas luar gereja, dapur gereja dan perparitan. Kerja pembinaan siap sepenuhnya pada bulan Mei 2016.
Pemberkatan dan perasmian Gereja Emmanuel, Kg. Libodon ini dilaksanakan secara inkulturatif dalam budaya Murut. Perarakan masuk ke dalam Gereja disertai dengan para penari. Tarian tersebut melambangkan kesyukuran dan rasa terima kasih mereka kepada Tuhan yang telah memperkenankan mereka dapat beribadat di tempat yang lebih layak.
Bapa Uskup Datuk Cornelius Piong dalam homilinya, mengucapkan selamat kepada seluruh umat Gereja Emmanuel atas pemberkatan dan perasmian yang telah diusahakan oleh umat dan mengharapkan agar seluruh umat memelihara dan merawat gereja ini agar tetap indah dan semakin mendorong umat dalam meningkatkan iman.
Sementara itu, Encik Lucius Leen Losiun dalam ucapannya menyampaikan bahawa selama proses pembangunan terdapat berbagai macam cabaran dan hambatan khususnya dalam hal dana, namun berkat usaha seluruh umat dan bantuan berbagai pihak, gereja ini akhirnya dapat diselesaikan dalam masa yang telah ditetapkan. Oleh kerana itu, mewakili seluruh umat, Encik Lucius menyampaikan ucapan terima kasih kepada pihak yang telah membantu pembangunan gereja ini. Sejalan dengan itu, Pengerusi Majlis Pastoral Katedral St Francis Xavier, iaitu, Puan Stella Kinsik, juga menyampaikan banyak terima kasih kepda berbagai pihak atas bantuan dan keturursertaan sehingga Perayaan Pemberkatan dan Perasmian gereja ini dapat berjalan dengan lancar dan meriah. Acara kemudian dilanjutkan dengan jamuan makan tengahari bersama seluruh umat yang hadir.