PEMBAHARUAN KOMITMEN PARA KATEKIS PEMBIMBING KATEKATIKAL

KSFX – Setiap tahun Gereja Katolik di Malaysia merayakan Hari Minggu Katekatikal (22/01). Tema “Kristus, Sukacita Kita” dipilih dan dipakai sebagai panduan perjalanan di dalam mengikuti Jejak Kristus. Dalam perayaan yang sama, seramai 262 katekis pembimbing telah memperbaharui komitmen mereka dan seramai 24 orang lagi, mendapat pelantikan menjadi katekis pembinging. Katekis-katekis pembimbing ini datangnya dari sepuluh ZON yang bernaung di bawah Paroki Katedral St Francis Xavier.

pembaharuan komitmen pembimbing 4_2

Dalam homilinya, Bapa Uskup berpesan kepada semua umat beriman yang hadir agar tidak melepaskan tanggungjawab mengajar anak-anak kepada katekis-katekis pembimbing. Gereja selalu mengingatkan kita bahawa katekis pertama dan utama adalah ibubapa itu sendiri. Ibubapa harus sedar dan berani menjadi seorang “katekis pembimbing” di dalam membimbing dan membentuk keperibadian dan kerohanian bagi anak-anak mereka. Agar dari usia muda lagi, anak-anak sudah mengenal, mengasihi dan mahu melayani Tuhan.

Lanjutnya, beliau menjelaskan bahawa Kristus adalah cahaya yang membawa kebahagiaan dan sukacita. Kebahagiaan atau sukacita ini tidak kita perolehi begitu sahaja, melainkan dicapai melalui satu usaha yang tak kunjung lelah. Bapa Uskup memberikan beberapa cara, iaitu: Pertama, kita harus membangun kesatuan dengan Kristus sendiri. Kesatuan tidak datang secara automatik melainkan lahir doa. Berkomunikasi dengan Dia melalui doa dan doa bukanlah permintaan belaka. Doa pertama-tama adalah percakapan peribadi dengan Tuhan. Kedua, meluangkan masa untuk membaca, merenungkan dan melaksanakan Firman Tuhan. Ketiga, belajar dari sumber yang sudah ada. Kita mesti mengambil masa dan bukannya mencari masa (jika mencari masa, sampai bila pun tidak akan mempunyai masa untuk mahu belajar). Mendalami ajaran Gereja Katolik melalui buku-buku rohani dan sebagainya.

Sharing is caring!