IMG_6266

Keningau – Peristiwa Yesus masuk ke kota Yerusalem dan orang ramai menerima kehadiran-Nya dengan mengangkat daun-daun palma, kini terulang kembali di dalam perayaan Ekaristi sempena Minggu Palma. Lebih 4000 umat membanjiri Dataran Terbuka Keuskupan Keningau untuk mengikuti Upacara Minggu Palma, dalam Misa pertama. Tempat-tempat duduk mulai ditempati dan memadati Dataran Terbuka Keuskupan.

IMG_6260

IMG_6240

Di dalam homili Bapa Uskup Datuk Cornelius Piong, beliau berpesan bahawa pada hari minggu ini, kita, Umat Katolik seluruh dunia merayakan Minggu Palma. Hari Minggu Palma mengingatkan kita bagaimana yesus diterima masuk di kota yerusalem. Yesus disambut dengan penuh kemeriahan tapi sesudah itu yesus masuk di dalam penderitaannya. Apakah yang patut kita lakukan sepanjang minggu suci ini? Apakah kesengsaraan yesus ini tidak ada kaitan dengan kita pengikut-pengikut-Nya? Sepanjang minggu suci ini, kita bersama-sama merenungkan penderitaan yesus, dan penderitaan yang dialami oleh-Nya adalah bukti cinta-Nya yang luarbiasa terhadap manusia. Sepanjang minggu suci ini, kesempatan rahmat untuk memperdalam lagi kesyukuran dan kesedaran kita tentang belaskasihan Tuhan kerana kesengsaraan, kematian dan kebangkitan-Nya merupakan ungkapan cinta-Nya kepada kita. Agar kesengsaraan, kematian dan kematian-Nya ini benar-benar ada kaitannya dengan diri kita, keluarga, masyarakat dan komuniti kita, maka perlulah kita menyedari bahawa semua yang telah dilalui yesus itu merupakan ungkapan cintakasih dan belaskasih-Nya kepada kita secara peribadi, kepada keluarga dan komuniti kita. Berharap dapat menghayati dan sentiasa mahu dibentuk menjadi umat yang komited dan efektif melayani kerajaan Allah. Buah-buah kesengsaraan Yesus ini akan menghasilkan komitmen dan menjadikan kita pengikut-pengikut-Nya yang konsisten.

This will close in 20 seconds