SONY DSCGereja Katolik sedunia, termasuk di Malaysia merayakan Minggu Palma untuk mengenang Yesus masuk kota Yerusalem dan menandai awal Pekan Suci.

Perayaan Minggu Palma oleh umat Katolik di Gereja Katedral St Francis Xavier, Keningau, Minggu (29/03/2015) berlangsung meriah. Umat merayakan Minggu Palma untuk mengawali pekan suci atau sebelum Yesus mengalami senggara dan wafat di kayu salib.

Dalam homilinya, Bapa Uskup Datuk Cornelius Piong mengatakan, Yesus diarak bagai seorang raja. “Yesus dinaikkan keledai, menggambarkan kerendahan hati. Ini mengajarkan kita akan kesederhanaan. Minggu Palma ini, mengajak kita untuk ikut dalam misteri kebangkitan Yesus,” katanya.

SONY DSC

SONY DSC“Yesus tidak ikut arus kehidupan pada zaman itu. Yesus berani melawan ketidakadilan yang ia alami. Yesus sangat kuat memegang prinsipnya. Kerana itu, kita harus meneladaninya, dengan memegang prinsip kita yakni cinta kasih. Itu yang harus kita teladani,” katanya.

Beliau menambah, memang kita tidak pernah meminta kesengsaraan ataupun salib. Setiap kita tidak menginginkan penderitaan, tetapi saudara-saudari, kita perlu melihat kembali, Yesus pernah mengatakan: “Setiap orang yang mahu mengikuti Aku, dia mestilah jangan mementingkan dirinya sendiri, memikul salibnya tiap-tiap hari dan mengikuti Aku”. Dan bagi kita yang mahu mengikut Yesus, perlulah kita ingat bahawa kita perlu mengamalkan apa yang dituntut oleh Yesus.

SONY DSC

Dunia dewasa ini, manusia mahu agar kepentingannya lebih diutamakan dan sebab itu banyak perkara yang sepatutnya tidak berlaku, akhirnya berlaku seperti ketidakjujuran, tidak ada integriti, tidak dapat diharapkan seperti yang kita baca dalam suratkhabar pada masa ini. Seorang yang telah diberi tanggungjawab, tidak melakukan tanggungjawabnya itu dan sebaliknya menyalahgunakan kedudukan mereka itu demi kepentingan diri sendiri dan merosakkan masyarakat.

Saudara-saudari, demikian juga dengan pengorbanan. Makin hari makin tidak dihargai. Pengorbanan itu dipandang sebagai perbuatan yang bodoh kerana mengutamakan keuntungan, kepentingan sendiri. Pengikut Yesus bukan seperti itu. Selaku pengikut-pengikut Yesus, Dia tidak akan membiarkan kita tanpa kekuatan. Dia sudah memberikan kita kekuatan itu iaitu Roh Kudus sendiri. Yesus pernah berpesan ketika berada di taman getsemani, Yesus ada mengatakan kepada para rasul-Nya: “Tidakkah engkau sanggup berjaga satu jam? Berjagalah dan berdoalah supaya kamu tidak jatuh ke dalam pencobaan”.

Keuskupan kita mempunyai tema supaya setiap kita anggota keluarga belajar hidup berpusat kepada Kristus. Dalam kehidupan kita sehari-hari, selaku sebagai ibubapa atau anak, kita perlu mengambil sikap setiap hari untuk berjaga-jaga bersama Yesus, kerana tanpa sikap ini, kita akan mudah dijerat dengan budaya anti-Kristus.

Di akhir homilinya, Bapa Uskup selagi lagi mengingatkan umat yang hadir dalam perayaan Ekaristi itu, agar selalu mempunyai sikap berjaga-jaga dan menjadikan Yesus sebagai pusat dalam kehidupan mereka. Belajar untuk mendekatkan diri dengan Tuhan, belajar untuk merenungkan firman Tuhan, kesatuan sebagai umat Allah. Demikian kita akan dapat menghayati semangat minggu suci ini.

SONY DSC

SONY DSC

This will close in 20 seconds