MENGIKUTI YESUS MEMERLUKAN PENGORBANAN

CK1

KSFX – Pada Minggu yang lalu (5/3), seramai 425 katekumen yang mengikuti rekoleksi singkat sehari sebelumnya secara rasmi telah diterima sebagai calon baptis pada malam Paskah nanti. Seramai 412 calon baptis diterima sendiri oleh Bapa Uskup Datuk Cornelius Piong, dan seramai 12 calon baptis pula diterima di Gereja St Yohanes, Senagang oleh Rev Fr Joseph Gapitang. Jumlah 425 calon baptis ini tidak mewakili jumlah keseluruhan yang ada di Keuskupan Keningau, melainkan hanya untuk Paroki Katedral St Francis Xavier sahaja.

CK2

CK3

Dalam amanatnya, Bapa Uskup Datuk Cornelius Piong berpesan bahawa di dalam masa Prapaskah ini, kita, umat beriman telah memasuki masa puasa dan pantang. Dimana Gereja, lebih-lebih lagi Tuhan, mengajak kita supaya berani melihat sejauh manakah kesetiaan kita terhadap Dia. Inilah cabaran yang selalu ada dalam hidup seseorang. Godaan yang datang secara halus dan terang-terangan agar manusia tidak setia pada komitmen yang sudah dijanjikan.

CK4

Lanjutnya, beliau berpesan kepada saudara-saudari katekumen, di dalam penantian untuk dibaptis, pasti ada godaan untuk meragui imannya. Mempertimbangkan apakah mahu dibaptis atau tidak. Jika bersedia untuk dibaptis, apakah ikhlas untuk hidup setia kepada Kristus dan melakukan komitmen yang dijanjikan? Bapa Uskup mengambil contoh bahawa Yesus sendiri pernah digoda oleh Si Jahat. Yesus digoda untuk tidak setia kepada kehendak Bapa, digoda untuk melakukan hal yang bertentangan. Apakah Yesus mengikuti godaan Si Jahat? Tidak. Yesus tidak pernah tunduk terhadap godaan-godaan tersebut.

CK5

Bapa Uskup memberi beberapa pedoman dan penghiburan bagi mereka yang telah memilih Yesus sebagai Penyelamat. Pertama, umat beriman perlu sentiasa mendalami dan mensyukuri kesatuan kita dengan Tuhan Yesus. Melalui doa peribadi, Firman Tuhan, hidup berkomuniti adalah sumber kekuatan dan kebijaksanaan bagi kita. Di dalam menghadapi godaan-godaan, kita sedar siapa kita, kita tahu identiti kita. Kita adalah kepunyaan Yesus. Kedua, tidak ada jalan yang mudah untuk mengikuti Yesus. Segalanya memerlukan pengorbanan. Salib akan selalu kita pikul. Untuk itulah kita dibaptis, bersaksi bagi Yesus. Ketiga, kesetiaan kita tidak akan sia-sia. Yesus mati namun bangkit kembali. Pengorbanan dan kesetiaan kita setiap hari, tidak akan pernah sia-sia. Kita akan menerima ganjaran seperti yang telah dijanjikan oleh Yesus, iaitu Kerajaan Allah yang abadi bersama-Nya.

CK6

Sharing is caring!