POHON BATU, KENINGAU : Pusat Pastoral Keuskupan Keningau (PPK) bersama dengan Majlis Pelaksana Pastoral (MPP) telah melaksanakan lawatan ke-2 bagi tahun 2017 ke Zon Pohon Batu, pada 14 hingga 17 Jun 2017 yang lalu. 14 orang anggota telah menyertai program ini yang terdiri dari 10 orang gabungan PPK dan MPP serta 4 orang misionaris awam. Fr. Rudolf Joannes merangkap pengarah, Stella Kinsik sebagai pengerusi, dan anggota team pelaksana iaitu Lawrance Yong, Richard Jitor, Imelda G. Denis, Marysia Michael, Dennis Zeno, Patrick Marius, Francis Epit Apot, Claudeus Josue S. Kinsik, serta 4 Misionaris awam iaitu, Veronica Stephen, Cannysius@Godfrey Bin Jamikol, Leslie Polinus, dan Danny Lidduin.

Dalam program ini, team telah melawat 4 KUK di kawasan Zon Pun Batu iaitu 3 KUK lama (KUK Pangaraan, KUK Pun Batu, dan KUK Lumiri) serta 1 KUK yang baru ditubuhkan iaitu KUK Siwanal. Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah memberikan katekesis dan mengadakan perayaan sakramen Ekaristi.
Hari pertama iaitu 14 Jun 2017, team berangkat dari paroki KSFX pada pukul 12.00pm dan tiba di KUK Siwanal pada pukul 6.00pm. Lawatan pertama di Siwanal telah berjaya menjadikan Siwanal sebagai KUK baharu iaitu KUK Siwanal.

Jumlah penduduk di Siwanal adalah sekitar 30 orang dan sekitar 25 orang telah menerima Sakramen Pembaptisan oleh Rev. Fr. Rudolf Joannes. Dalam lawatan ini juga telah berjaya mendapatkan tapak bangunan gereja yang akan dibangun dalam masa yang terdekat.

Pada 15 Jun 2017, tim melanjutkan lawatan ke KUK Pengaraan. Disebabkan oleh cuaca yang kurang baik, tim hanya sempat memberikan satu sesi katekesis dengan tajuk “Tiga Martabat Kristus” dan perayaan sakramen Eksristi oleh Fr. Rudolf Joannes.

Hari ketiga iaitu 16 Jun 2017, tim meneruskan lawatan ke KUK Pohon Batu. Pada waktu malam, katekesis mengenai “Tiga Martabat Kristus” disampaikan dan keesokannya dilaksanakan Perayaan Sakramen Ekaristi.

Hari yang terakhir, tim melanjutkan lawatan ke KUK Lumiri dan memberikan katekesis serta merayakan Sakramen Ekaristi.

Umat di KUK masing-masing bersukacita kerana telah mendapat lawatan dari pusat paroki. Empat misionaris yang pertama kali mengikuti juga merasa gembira dan bersyukur kerana diberi kesempatan mengikuti program lawatan tersebut. Fr. Rudolf Joannes merakamkan banyak-banyak terima kasih kepada umat atas sambutan dan kerjasama yang diberikan, dan kepada semua anggota tim yang telah bertungkus lumus melakukan persiapan dan telah menjayakan lawatan ke-2 tersebut. Sementara itu, Pn. Stella Kinsik memberi pesan supaya umat sentiasa berjalan bersama dalam Kristus, dan umat di Zon Pohon Batu boleh memohon apa-apa program bagi tujuan pemantapan iman. Lawatan selanjutnya diperkirakan akan dilaksanakan pada bulan November akan datang.