Renungan Hari Minggu Trinitas (Tritunggal) Mahakudus
Ams.8:22-31 Rom. 5:1-5 Yoh. 6:12-15
Pada suatu hari, Sto. Augustinus sedang berjalan di tepi pantai merenungkan tentang misteri Tritunggal. Tiba-tiba dia terserempak seorang budak lelaki dihadapannya sedang menggali lubang, kemudian berulang alik mengambil air dari laut dan dituangkannya kedalam lubang itu. Sto. Augustinus memperhatikan budak lelaki itu buat seketika lama lalu bertanya kepada budak itu mengapa dia melakukan perkara itu. Budak itu menjawab, “saya ingin menuangkan seluruh laut kedalam lubang ini.” Sto. Augustinus merasa tidak percaya lalu mentertawakan budak itu lalu berkata, “anakku itu sangat mustahil! Bagaimana mungkin seluruh laut itu dapat dimuat dalam lubang kecil itu?” Budak itu menjawab, “Engkau tidak dapat menuangkan misteri Tritunggal dalam otak kamu yang sangat kecil.” Sesudah itu budak itu lenyap dari pandangannya. Sto. Augustinus menyedari bahawa dia telah berbicara dengan seorang malaikat.
Pada hari ini, kita merayakan Hari Minggu Tritunggal – satu Pesta yang kita tidak gemari sebab kita tidak dapat memahaminya dengan sepenuhnya. Namun, Tritunggal Maha Kudus adalah realiti asas iman kita yang menuntut kita tidak memahaminya secara intelek tetapi menuntut kita memasuki dalam misteri cinta kasih dengan penuh keimanan.
Tritunggal tinggal dan hidup bersama kita. Ia sentiasa menemani kita. Cuba bayangkan bahawa kita sentiasa didalam tangan pencipta kita, didalam tangan penebus kita dan didalam tangan pengudus kita. Didalam tangan-Nya, kita dikasihi dan diselenggarakan.
Doktrin asas Tritunggal adalah satu dalam tiga persona. Memang benar, Allah itu adalah model kepada hubungan yang sempurna. Perpecahan hubungan seringkali berlaku bila kita gagal BERSATU. Sahabat kita melarikan diri dari kita. Komuniti berpecah. Keluarga hancur kerana kita tidak memahami sepenuhnya apa erti perbezaan namun bersatu.
Hari ini, cuba kita tidak terlalu memikirkan tentang Tritunggal kerana otak kita terlalu kecil untuk memahaminya tetapi marilah kita membenarkan Roh Kudus memimpin hidup kita kedalam seluruh kebenaran didalam hadirat Tritunggal Maha Kudus. Marilah kita yakin bahawa kita selalu didalam tangan Allah, Bapa, Putera dan Roh Kudus – dengan demikian kita selamat didalam tangan Allah. Dengan Tritunggal yang diam dalam diri kita maka kita mempunyai rahmat untuk berusaha mencapai kesatuan disekeliling kita.
Soalan renungan.
- Jika Allah Bapa, Putera dan Roh Kudus berada didalam tangan kita, apakah anda lebih berani bersaksi khususnya memperjuangkan kesatuan dalam keluarga, komuniti dan masyarakat?
- Apakah saya menyedari kehadiran Tritunggal setiap hari?
- Pernahkah anda mengajak Allah Tritunggal dengan menanda salib sebelum dan selepas kita melakukan aktiviti harian?