KSFX – Akhir-akhir ini mungkin kita sering menerima pesan melalui WhatsApp, facebook atau SMS yang mencari siapa pun yang bersedia menjadi penderma darah. Tak jarang pula pesakit yang memerlukan darah tersebut dikhabarkan meninggal dunia kerana tidak adanya persediaan darah yang sesuai.
Persatuan Kababayan Sabah (PKS), Keningau bersama Persatuan Hospice Keningau telah bekerjasama dengan Tabung Darah Hospital Keningau dalam mengadakan Kempen Derma Darah, Minggu (9/4). Menurut Pengerusi Persatuan Kababayan Sabah (bahagian Keningau) iaitu Puan Cherilyn Rondidas, Kempen Derma Darah merupakan aktiviti tahunan yang diadakan sebagai salah satu sumbangan Persatuan kepada masyarakat. Kempen pada kali ini diadakan sempena masa Prapaskah dan ini merupakan tindakan cintakasih.
Menurut Puan Cherilyn Rondidas, banyak berita beredar mengenai pelaksanaan derma darah di berbagai kegiatan sosial, nyatanya kegiatan derma darah belum menjadi gaya hidup. Buktinya sudah jelas, banyak pesakit yang memerlukan bantuan darah harus kerja keras mencari penderma darah.
Selain itu, beliau mengangkat soal mitos yang menghalangi calon penderma untuk memberikan darahnya, antara lain, kekhuatiran tekanan darah akan naik (hipertensi) hingga soal penularan penyakit. Mitos-mitos tersebut tidak terbukti kebenarannya dan Tabung Unit Darah memiliki standard prosedur kerana dari petugas pengambilan darah telah melalui training, termasuk dalam hal penggunaan alat jarum yang steril dan sekali guna.
Pada kesempatan yang sama, PKS dan Hospice Keningau berterima kasih kepada semua penderma yang telah turut serta dalam Kempen Derma Darah pada kali ini. Seramai 20 orang telah berpartisipasi dan aktiviti tersebut berakhir pada jam 1 petang.