KM1

Keningau – Kem Jati Diri Calon Krisma Katedral St Francis Xavier, Keningau (KSFX) telah diadakan pada 24-25 Feb 2017, bertempat di Gereja St. Blasius Magatang, dengan bertemakan “Meneruskan Misi Kristus dalam Komuniti”. Aktiviti ini diadakan oleh Katekis Pembimbing dari Tim Penyelaras Krisma Pusat Katedral St. Francis Xavier Keningau, dan dibawah bimbingan Sr. Christella FSIC selaku penasihat.

KM2

KM3

Seramai 171 orang peserta yang terdiri daripada bimbingan calon Krisma 2017 telah menyertai kem ini. Kem ini diadakan untuk menyemaikan semangat kekitaan dan hidup berkomuniti agar dapat menjadi garam dan terang bagi sesama.

KM4

KM5

KM6

Pada hari pertama mereka diberi ceramah yang bertajuk “Bercahayalah dan Jadilah Terang Dunia”. Pada malamnya acara “Berdoa untuk Negara” dengan menyalakan lilin masing-masing. Pada hari kedua, para peserta didedahkan dengan kerja berkomuniti dan membentuk Komuniti yang mereka teladani dari Komuniti awal Gereja yang tertulis dalam Alkitab. Seterusnya sesi terakhir ialah “Chrisma Got Talent”. Sesi ini adalah bertujuan membentuk kesatuan dan kerjasama dalam kumpulan untuk menghayati petikan yang mereka perolehi berdasarkan dari buku SKM 10, dan menjelaskannya melalui lakonan.

KM7

KM8

KM9