Karnival Sempena Minggu Alkitab 2017 – Peringkat Zon Minawo

KENINGAU – 08 Julai 2017, Zon Minawo telah menganjurkan satu program iaitu Karnival Minggu Alkitab sempena dengan Minggu Alkitab bertempat di St. Yohanes Rasul Bomboi. Karnival ini bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 3.00 petang. “Mentransformasikan Keluarga Menerusi Kuasa Tuhan” merupakan tema yang digunakan dalam karnival ini.

IMG_6280

Program ini telah diadakan dengan jayanya oleh Tim Penganjur yang diketuai oleh Saudara Rudy Kilip dan Ahli Jawatan Kuasa pelaksana. Program ini melibatkan seramai kira-kira 70 orang umat sekitar Zon Minawo.

Program yang bermula seawal pukul 8 pagi dimulakan dengan taklimat dan Pentaktahan Alkitab oleh Kat.Severinus Jaitin yang dibantu oleh Kat.Rinus Kilip. Sebanyak 5 kategori pertandingan dianjurkan yang melibatkan kira-kira 40 penyertaan. Antara kategori pertandingan yang diadakan ialah pertandingan Lektor, Syarahan, Mewarna dan Melukis bagi kanak-kanak dan Kuiz Alkitab. Setiap penyertaan diberikan sagu hati manakala setiap pemenang mendapat hadiah-hadiah lumayan. Ini adalah bertujuan untuk mengalakkan agar lebih ramai penyertaan di tahun akan datang.

IMG_6185

Program yang bertemakan kekeluargaan ini diadakan bertujuan untuk memupuk silaturahim dalam kalangan keluarga agar terus bertumbuh dan berakar dalam Kristus. Program seperti ini juga akan dapat mengeratkan lagi hubungan dalam kalangan umat di sekitar Zon Minawo kerana program seperti ini melibatkan beberapa KUK di Zon Minawo. Walaupun program ini dianjurkan dalam betuk pertandingan namun tema kekeluargaan sangat ditekankan terutamanya dalam pertandingan Syarahan dimana peserta haruslah memilih tajuk syarahan yang bertemakan kekeluargaan.

IMG_6226

Program seperti ini akan dianjurkan pada setiap tahun dengan tema dan tempat yang berbeza. Pemilihan tempat ataupun tuan rumah adalah berdasarkan cabutan undi oleh Pengerusi Zon Minawo oleh En. Kenneth Mahinggil. Tuan rumah untuk Kanrnival Sempena Minggu Alkitab pada tahun 2018 adalah KUK Kindasan.

IMG_6277

Harapan melalui program ini adalah agar semua umat yang bukan sahaja di sekitar Zon Minawo tetapi juga pada peringkat Paroki KSFX sentiasa meletakkan Kristus sebagai pusat dalam keluraga dan Alkitab sebagai panduan hidup untuk mencapai hidup yang rukun dan damai – D.yusETadius

Sharing is caring!