Category: Holy Cross Toboh

SALIB SYD KE-5 TIBA DI KEUSKUPAN KENINGAU

TAMBUNAN : 4 tahun sudah berlalu, salib Sabah Youth Day ke-5 (SYD-5) dan ikon Bonda Maria kembali ke paroki Holy Cross Toboh dalam sesi jelajah ke setiap paroki di tiga Keuskupan yang ada di Sabah.

Salib SYD-5 bersama ikon Bonda Maria ini tiba di Paroki Holy Cross Toboh pada 2 Jun lalu. Meskipun pesta Kaamatan masih meriah berlangsung tetap tidak mempengaruhi atau menjejaskan semangat bagi para belia untuk melakukan persiapan menantikan ketibaan Salib SYD-5 bersama ikon Bonda Maria ini daripada pihak rombongan Paroki St. Martin, Telupid.

You may be interested

PRA-PUKAT KE-11 TERAKHIR: PERINGKAT GABUNGAN TAMBUNAN

TOBOH, TAMBUNAN : “Umat Allah Berjalan Bersama dalam Kesatuan, Kesetiaan dan Kekudusan Yesus Kristus” menjadi inti utama kepada Pra-PUKAT ke-11 di peringkat gabungan Paroki St. Theresa dan Paroki Holy Cross Toboh. Berlangsung pada 22 September lalu di Dewan Paroki Holy Cross Toboh.

Pra PUKAT ini merupakan perkumpulan yang terakhir diadakan sebelum kemuncak PUKAT yang akan berlangsung pada 12-13 Oktober nanti

Dihadiri seramai kira-kira 300 umat daripada kedua-dua Paroki ini sudah pastinya melahirkan banyak buah fikiran serta idea sebagai antara bekalan bagi kemuncak PUKAT Keuskupan.

You may be interested

GINAWARI SOLIDARITI PAROKI HOLY CROSS TOBOH TAMBUNAN

Ginawari Solidariti atau Tamu Solidariti buat julung kalinya telah diadakan di Paroki Holy Cross Toboh Tambunan pada 26 Ogos 2018. Ginawari Solidariti ini telah dimulakan selepas sahaja selesai Misa Kudus, iaitu dilangsungkan dari Jam 9.30 pagi sehingga jam 6.00 p.m bertemakan  “Umat Allah Berjalan Bersama Dalam KESATUAN, KESETIAAN dan KEKUDUSAN Yesus Kristus.”

Menurut pengerusi penganjur, En. Fredoline Umis, Ginawari Solidariti Holy Cross Toboh ini diadakan berdasarkan kepada empat tujuan utama iaitu memupuk dan memantapkan sikap solidariti di kalangan umat Katolik sekitar Paroki Holy Cross Toboh melalui Kesatuan, Kesetiaan dan Kekudusan Yesus Kristus,  pengumpulan dana bagi pembinaan bangunan katekatikal di Holy Cross Toboh, penaiktarafan sanctuary gereja serta dana pembangunan gereja-gereja di outstation Paroki Holy Cross Toboh.

You may be interested

PESAN USKUP CORNELIUS PIONG SEMPENA PERAYAAN PASKAH 2018

Selamat Hari Paskah! Setiap kali kita mengucapkan salam ini kepada seseorang atau kelompok orang, apakah kita sungguh yakin bahawa Yesus hidup, hadir dan menyertai kita?

Perayaan Paskah bukanlah setekat mengenang apa yang telah dialami Yesus – sengsara, kematian dan kebangkitan-Nya – tetapi satu kesempatan rahmat bagi kita untuk membaharui dan menetapkan keyakinan kita kepada kasih Allah yang sentiasa menyertai dan menyelamatkan kita dari kekuasaan dosa.

You may be interested

ULANG TAHUN KEUSKUPAN KENINGAU KE-24

TAMBUNAN: “Ulang Tahun Ke-24 Bapa Uskup Datuk Cornelius Piong sebagai Uskup dan seterusnya kewujudan Keuskupan Keningau pada 06 Mei 1993 adalah suatu peristiwa yang istimewa dalam sejarah Gereja Katolik di Sabah,” kata Paderi Paroki Holy Cross Toboh, Rev. Fr. Bede Anthonius sempena perayaan ulang tahun Keuskupan yang ke-24. Read morePERAYAAN TAHUN HIDUP BAKTI “WAKE UP

1 2
×

Keuskupan Keningau

× Hubungi Admin