Renungan Hari Rabu Abu

Yoe 2:12-18;     2Kor 5:20 – 6:2;     Mat 6:1-6,16-18

 

ash-wednesday-wishes-2015-graphic

Pada hari rabu Abu ini, bermulalah masa Puasa bagi kita umat katolik. Apakah maksud puasa? Pertanyaan ini seringkali kita hadapi daripada orang yang tidak seiman dengan kita, malah ada juga orang-orang yang seiman dengan kita ingin tahu apa sebenarnya puasa itu dan bagaiman berpuasa.

LentBagi kita umat katolik, berpuasa bererti bukan hanya sekadar mengurangi makan dan minum. Selama tujuh minggu sebelum Paska, kita mengadakan ‘aksi puasa’. Aksi puasa ini adalah sebagai persiapan kita untuk menyambut Paska yang mulia itu dengan mengakui cinta kasih Tuhan kepada kita serta mengakui kelemahan-kelemahan kita melalui Sakramen Tobat.

Pertobatan yang dimaksudkan adalah pertobatan yang sesungguhnya. Bagaimana? Iaitu kita berusaha untuk menjadi lebih baik daripada masa-masa yang lalu. Memang sukar untuk menentukan sesuatu peraturan umum bagi semua orang sebab masing-masing orang mempunyai cita rasa yang tersendiri. Oleh kerana itu Gereja menyerahkan kepada setiap individu untuk menentukan jenis puasa yang sesuai dengan individu tertentu. Contohnya:

Ø         Mengurangi makan, minum, rekreasi dan membeli belah.

Ø         Menolong sesama lebih daripada biasa.

Ø         Banyak berdoa dan membaca kisah hidup Yesus dan Santo Santa.

Ø         Lebih banyak menerima Sakramen Tobat dan Ekaristi.

Ø         Menahan diri daripada menurut dorongan perasaan.

Ø         Memohon maaf dan berdamai dengan sesama.

Pertobatan ini harus menyedarkan kita bahawa dosa itu menjauhkan kita dari Tuhan, Gereja dan sesama. Sedangkah perbuatan baik pula adalah mendekatkan kita kepada Tuhan, Gereja dan sesama kita lebih akrab dan lebih intim.

illustrasi-arti-dari-pertobatan

Dalam kata lain, berpuasa bukan untuk mengejar prestasi siapa yang paling tahan dan sanggup menahan lapar dan keinginan belaka. Ini semua kita lakukan untuk mengingatkan kita untuk prihatin terhadap sesama kita yang tidak mencukupi makanan dan hidup serba susah. Inilah sebabnya mengapa kita menahan lapar agar menyisihkan wang untuk disedekahkan kepada sesama yang sungguh memerlukan melalui sampul-sampul derma Gereja.

Ini semua hanyalah beberapa contoh sahaja, sebab yang paling penting adalah sikap kita yang sangup berjuang melawan dosa agar sentiasa dekat pada Tuhan.

Semoga keterangan singkat tentang puasa ini dapat membantu anda untuk memahami dan untuk menjelaskan secara singkat pula kepada mereka yang memerlukan penjelasan.

Selamat berpuasa. (JL)

Cadangan soalan refleksi peribadi dan perkongsian KKD:

1.   Tahukah anda mengapa pada hari Rabu Abu, kita ditandai dengan abu di dahi kita masing-masing?

2.   Apakah tanggungjawab sosial yang perlu kita lakukan dalam masa Prapaska?

This will close in 20 seconds