ANGGOTA INSTITUT SEKULAR KOMUNITI BETANIA MELAFAZKAN KOMITMEN KEKAL

SONY DSC

Keningau – Institut Sekular Komuniti Betania atau lebih dikenali dengan singkatan ISKB, sekali lagi menyaksikan di mana Sdri. Marianna Gerald, ISKB menggabungkan seluruh hidupnya dengan Komuniti Betania. Bertempat di dewan terbuka Rumah Retret Keuskupan Keningau, Tatal (RRKKT), Sdri. Marianna Gerald, ISKB melafazkan komitmen kekalnya di hadapan Bapa Uskup Datuk Cornelius Piong, selaku Pendiri Komuniti Betania dan disaksikan 500 umat yang hadir pada petang hari itu. Dalam perayaan Ekaristi ini, Bapa Uskup Datuk Cornelius Piong ditemani oleh Rev Fr Charles Chiew dan Rev Fr Florian Marcus dari Keuskupan Agung Kota Kinabalu.

SONY DSC

Di dalam kata pembukaan, Bapa Uskup menjelaskan kepada umat beriman bahawa perayaan pada petang hari itu adalah momen penting. Ini kerana, ada calon yang mahu menyerahkan seluruh hidupnya di dalam pengabdian kepada Tuhan melalui komuniti ini. Ini membuktikan bahawa Tuhan masih turut bekerja di dalam peribadi-peribadi yang selalu mencari kehendak-Nya bagi hidup mereka.

SONY DSC

Bapa Uskup dalam homilinya berkata, cara hidup seperti seorang paderi, religius mahupun komuniti sekular kurang mendapat sambutan dari para belia. Hidup ini dipandang sudah ketinggalan zaman dan tidak mendapat tempat di dalam hati mereka. Anak-anak zaman ini disodorkan dengan pelbagai macam tawaran dunia sehinggakan apa yang sifatnya rohani, sudah tidak dipandang lagi. Namun, masih ada peribadi-peribadi yang merindukan untuk menyerahkan hidupnya bagi Tuhan. Dan Sdri. Marianna Gerald telah menyahut tawaran Tuhan dan mahu menyerahkan hidupnya sebagai anggota penuh Komuniti Betania dan melayani Tuhan dengan karisma yang ada di dalam ISKB.

SONY DSC

Bapa Uskup Datuk Cornelius Piong menyarungkan cincin ke jari Sdri Marianna Gerald ISKB

Para paderi, religius mahupun anggota komuniti sekular diminta untuk menjadi saksi-saksi yang hidup. Saksi akan kehadiran Tuhan Yesus di dunia dan di dalam kehidupan sehari-hari. Tanpa kesaksian yang nyata, tidak mungkin orang pada zaman ini tertarik untuk mengenali peribadi Yesus. Beliau berpesan bahawa untuk dapat menjadi saksi yang hidup dan berkesan, setiap pengikut Kristus haruslah memiliki hubungan yang akrab dengan Tuhan. Tanpa hubungan yang akrab, tidak mungkin lidah kita mampu mengakui bahawa Yesus adalah Tuhan. Tidak mungkin dapat menjadi saksi ditengah-tengah dunia pada zaman ini.

Bagaimana memiliki hubungan yang akrab dengan Tuhan? Bapa Uskup berpesan, hidup doa jangan pernah dilupakan. Tanpa hidup doa yang teratur, seseorang akan semakin menjauh dari peribadi Yesus. Doa adalah makanan utama setiap orang kristian. Selalu membaca dan merenungkan firman Tuhan. Firman Tuhan adalah surat cinta Tuhan kepada anak-anak-Nya dan berisi dengan janji-janji yang akan dipenuhi-Nya. Jika firman Tuhan sudah berakar di dalam hidup, firman Tuhan akan menjadi pelita dan terang yang akan menerangi langkah hidup seseorang. Selalu hadir di dalam Adorasi mahupun Saat teduh, terlebih mengikuti perayaan Ekaristi dan menerima Sakramen-Sakramen terutama Sakramen Rekonsiliasi.

Lima anggota Institut Sekular Komuniti Betania melafazkan komitmen sementara

Lima anggota Institut Sekular Komuniti Betania melafazkan komitmen sementara

Dalam masa yang sama, lima anggota Institut Sekular Komuniti Betania melafazkan komitmen sementara mereka. Mereka-mereka ini adalah Sdr. John, Sdr. Sabius, Sdri. Malita, Sdri. Winnah dan Sdri. Lucia (yang pada bulan Januari 2016 akan melafazkan komitmen kekalnya di Keuskupan Agung Kota Kinabalu).

Seusai perayaan Ekaristi dan pelafazan komitmen kekal Sdri. Marianna Gerald, ISKB, para tetamu dijemput untuk datang ke dewan RRKKT untuk bersama menjamu makam malam bersama. Makan malam menjadi meriah apabila diiringi dengan tarian dan nyanyian dari umat yang hadir.

SONY DSC

Sharing is caring!