Fr.Nelbart Peter bersama dengan En.Juanis Marcus telah mewakili Komsos Keuskupan Keningau ke mesyuarat Episkopal Regional Komunikasi Sosial yang telah diadakan di Brunei Darulsalam pada 23-27 Jun 2025.
Kedua-dua wakil tersebut berlepas daripada Kota Kinabalu pada 22 Jun dengan penerbangan Royal Brunei dan tiba pada jam 7.55am. Mereka disambut oleh para komunikator daripada Brunei Darulsalam.
Mesyuarat Episkopal Regional Komunikasi adalah acara tahunan yang menghimpunkan para komunikator daripada Malaysia-Singapura-Brunei dengan tujuan utama mengongsikan perkembangan mengenai komunikasi sosial di keuskupan masing-masing _ Juanis