Month: May 2019

SEMINAR KEPIMPINAN DAN PELAYANAN PASTORAL KEUSKUPAN KENINGAU

KENINGAU : Pada 26 hingga 28 April lalu, telah berlangsung Seminar Kepimpinan dan Pelayanan Pastoral bagi peringkat Keuskupan Keningau di Rumah Retret Keuskupan Keningau, Tatal.

Setelah pemilihan ahli jawatan kuasa yang baru, seminar yang diadakan bertujuan untuk meningkatkan tahap kepimpinan dihadiri oleh seramai 190 orang pemimpin yang telah dipilih oleh umat untuk memimpin termasuklah religius.

Seperti yang terdapat dalam Misi, Visi dan matlamat keuskupan iaitu “Umat Allah berjalan bersama dalam Kekudusan, Kesetiaan Dan Kekudusan Yesus Kristus.” Matlamat ini boleh digunakan sebagai panduan dalam pelayanan dan kepimpinan.

You may be interested

SAMBUTAN PESTA KERAHIMAN ILAHI PERINGKAT PAROKI KSFX

KENINGAU: Pada 28 April 2019, perayaan Misa sempena dengan sambutan Pesta Kerahiman Ilahi telah diadakan. Misa yang diselebrankan oleh YM Uskup Cornelius Piong diadakan di Gereja St. Mary, Toboh Baru.

Uskup menggalakkan umat turut serta dalam Devosi Kerahiman Ilahi, terutama sekali kaum lelaki. Kerana sejak terbentuknya devosi ini, timbulnya pengharapan dalam umat.

You may be interested

JANGAN SOMBONG DENGAN IMAN

SOOK : 13 April 2019, Paroki Roh Kudus Sook Mengumpulkan lebih 600 peserta dari kalangan AJKT Baharu MPP, KUK, ZON dan KKD sesi 2019/2021 sempena Seminar Penyegaran dan Kepimpinan Kkd yang di adakan di Gereja Roh Kudus Sook yang mempunyai 12 Zon, 49 Kuk dan 178 Kkd bergabung untuk menerokai cara-cara memulihkan semula kepimpinan akar umbi serta mengimbas dan merenung kembali pencapaian dalam menggerejakan melelui KKD.

“Dalam program ini kami juga menilai sejauh mana Kkd telah mencapai Misi Pastoral Keuskupan Keningau iaitu Kesatuan, Kesetiaan dan Kekudusan Yesus Kristus, selain melihat dimana kedudukan kami sekarang ini dan kemana arah tuju kam pada masa hadapan.” Ujar Pengerusi MPP, Puan Dymnah Nirwaanah Dominic.

You may be interested

PERSIAPAN ROHANI KBK5 FASA 1 DAN PERSIAPAN PENERIMAAN SALIB DAN IKON BONDA MARIA BAGI KEUSKUPAN KENINGAU

KENINGAU : Pada 5 hingga 7 April yang lalu, telah diadakan Persiapan Rohani KBK5 dan persiapan rohani penerimaan Salib dan Ikon Bonda Maria bagi belia di Keuskupan Keningau bertempat di Rumah Retret Keuskupan Keningau Tatal. Program ini dihadiri oleh para perwakilan dari setiap paroki dan mission serta para penganjur utama KBK5.

You may be interested